Melly Goeslaw Pilih Gita Gutawa

Diterbitkan: Khamis, 23 Mac 2017 5:30 AM

Melly Goeslaw (kanan) dan Gita Gutawa pada majlis pelancaran trailer dan lagu tema filem Kartini. -foto hot.detik

(Ubah saiz teks)

BAGI menjayakan lagu tema filem Kartini, penyanyi Melly Goeslaw memberi kepercayaan kepada Gita Gutawa menjadi teman duetnya dalam lagu Memang Mengapa Bila Aku Perempuan?.

Menurut laporan detik.hot, Melly berkata dia mempunyai alasan yang tersendiiri mengapa memilih Gita Gutawa sebagai teman duet.

"Sebagai penyanyi muda, dia begitu menghargai seni. Malah dia juga mempunyai cita rasa yang tinggi serta mengutamakan pendidikan," kata Melly pada majlis pelancaran trailer dan lagu tema filem Kartini di Jakarta.

Bercerita mengenai lagu yang diciptanya itu, Melly berkata dia melalui pengalaman yang unik sepanjang proses penghasilannya.

Kata Melly selepas menonton filem berkenaan sebelum mencipta lagu, dia merasi beban yang amat berat bagi menghasilkan karya terbaik.

"Saya mahu menangis, susah sangat untuk cipta lagu bagi filem ini. Filem ini sangat luar biasa... jadi saya rasa terbeban.

"Akhirnya terhasillah lagu berjudul Memang Kenapa Bila Aku Perempuan? karana saya lihat watak utamanya iaitu Kartini ingin melakukan banyak perkara yang dianggap tabu dan terlarang hanya karana dia adalah perempuan," ujar Melly.

Tambah Melly dia mengambil masa selama dua bulan bagi menghasilkannya.

"Ini paling lama. Dua bulan itu baru lagunya, tidak termasuk susunan muzik," katanya lagi.

Tags / Kata Kunci: Melly Goeslaw

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan