Bapa 'Rock and Roll' Chuck Berry Meninggal Dunia

Diterbitkan: Ahad, 19 Mac 2017 5:13 PM

Chuck Berry meninggal dunia pada usia 90 tahun pada Sabtu.

(Ubah saiz teks)

PEMUZIK legenda Chuck Berry yang mendapat jolokan sebagai bapa 'rock and roll' meninggal dunia pada Sabtu.

Kematian Chuck disahkan laman Facebook Jabatan Polis St. Charles di Missouri yang mendapat panggilan berhubung seorang lelaki yang tidak sedarkan diri di kediamannya.

Chuck berusia 90 tahun.

"Kami mendapat panggilan kira-kira pukul 12.40 tengah hari pada Sabtu berhubung seorang lelaki yang tidak sedarkan diri di rumahnya.

"Ketika tiba pihak paramedik cuba menyelamatkannya namun lelaki berusia 90 tahun itu tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia pada pukul 1.26 petang.

"Kami juga ingin mengesahkan identiti lelaki itu adalah Charles Edward Anderson Berry Sr. atau Chuck Berry.

"Keluarga mendiang meminta agar diberikan ruang untuk mengharungi berita sedih ini," kata kenyataan dikeluarkan oleh polis.

Chuck pernah popular menerusi lagu seperti Maybellene, Roll Over Beethoven, Brown Eyed Handsome Man, Nadine, Rock and Roll Music dan Johnny B. Goode.

Beliau juga diangkat sebagai pemuzik yang mengubah muzik rhythm dan blues kepada apa yang kita semua kenali iaitu rock and roll.

Tags / Kata Kunci: Chuck Berry

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan