Emma Watson Nafi Ada Foto Bogel Dicuri - Bintang Global | mStar

Emma Watson Nafi Ada Foto Bogel Dicuri

Diterbitkan: Sabtu, 18 Mac 2017 5:30 AM

(Ubah saiz teks)

AKTRES Emma Watson menafikan terdapat foto-foto bogel yang akan disebarkan di internet selepas telefon bimbitnya digodam oleh individu tidak bertanggungjawab.

Emma memberitahu pihaknya dalam proses untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu tersebut.

"Foto-foto yang dicuri itu ialah foto semasa Emma mencuba baju untuk sebuah sesi fotografi. Tapi ia bukanlah foto tanpa busana.

"Peguam kami sedang menguruskan hal itu dan kami tidak dibenarkan untuk bercakap lebih lanjut," ujar wakilnya.

Sebelum kejadian itu, pelakon berusia 26 tahun ini mengadakan sesi fotografi untuk majalah Vanity Fair.

Tags / Kata Kunci: Emma Watson

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan