Bipasha Basu Perjelas Isu Langgar Kontrak

Diterbitkan: Ahad, 12 Mac 2017 4:00 AM

Bipasha Basu
(Ubah saiz teks)

PELAKON Bollywood Bipasha Basu pada Sabtu menjelaskan dakwaan melanggar kontrak kerana tidak tampil pada majlis India - Pakistan London Fashion Week. 

Seperti dipetik Pinkvilla, dalam satu kenyataan yang dihantar kepada media, Bipasha menjelaskan kronologi kejadian yang berlaku di London sehingga menyebabkan dia tidak muncul pada majlis berkenaan.

Tambahnya dia mempunyai alasan sendiri yang berpunca dia tidak hadir pada majlis fesyen bertaraf antarabangsa itu.

Katanya, dia belum menyatakan sebarang persetujuan untuk berada pada majlis berkenaan berikutan masalah tawar menawar harga yang tidak mencapai kata sepakat.

"Saya belum menyatakan persetujuan untuk hadir kerana mereka belum menetapkan harga yang perlu dibayar jika saya hadir di majlis itu. Saya sudah berada di sana namun wajar untuk saya tidak hadir kerana pihak mereka sendiri tidak memenuhi syarat yang ditetapkan," ujarnya.

Selain itu, dia menjelaskan tentang khabar angin dia ditinggalkan oleh pengurusnya di sana, Bipasha berkata, dia memberi ruang kepada pengurusnya untuk menghabiskan masa bersama keluarganya.

Dia mengakui sengaja memilih untuk berjalan-jalan seorang diri tanpa ditemani penjaga sepanjang berada di London.
Tags / Kata Kunci: Bipasha Basu

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan