Jennifer Lopez Dikaitkan Dengan Bekas Pemain Bola Keranjang - Bintang Global | mStar

Jennifer Lopez Dikaitkan Dengan Bekas Pemain Bola Keranjang

Diterbitkan: Jumaat, 10 Mac 2017 5:40 AM

Jennifer dan Alex dikatakan rapat dan sedang mengenali hati budi masing-masing.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Jennifer Lopez nampaknya sudah bertemu cinta baharu selepas hubungannya bersama penyanyi rap Drake berakhir dengan perpisahan.

E News melaporkan Jennifer kini sedang berkawan rapat dengan bekas pemain bola keranjang dari pasukan New York Yankees iaitu Alex Rodriguez.

Bagaimanapun sumber memberitahu hubungan itu masih awal dan bukannya serius seperti disangkakan.

"Masih terlalu awal untuk mengatakan mereka serius bercinta kerana ia lebih kepada hubungan terbuka," kata sumber.

Pada Februari lalu, Alex dilaporkan hadir menyaksikan persembahan residen Jennifer di Planet Hollywood Resort & Casino di Las Vegas.

Pasangan itu dikatakan sempat bertemu di belakang pentas dan kelihatan mesra selain sempat merakamkan gambar bersama.

Mereka juga dikatakan pernah menghabiskan masa di Miami di mana Jennifer sedang dalam proses menyiapkan album terbaharunya.
Tags / Kata Kunci: Jennifer Lopez , Alex Rodriguez.
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan