Kristen Stewart Tampil Berkepala Botak

Diterbitkan: Khamis, 9 Mac 2017 5:40 AM

Kristen Stewart mengejutkan peminat apabila membotakkan kepalanya.

(Ubah saiz teks)

PELAKON yang popular menerusi filem Twilight iaitu Kristen Stewart mengejutkan peminat apabila tampil dengan imej berkepala botak.

E! Online melaporkan Kristen mempamerkan gaya baharu itu ketika muncul pada majlis tayangan perdana filem lakonannya, Personal Shopper.

Kemunculannya itu mendapat perhatian peminat yang tertanya-tanya punca pelakon itu mengubah gaya rambutnya secara drastik.

"Kristen kelihatan cukup berbeza sehingga ada yang hampir tidak mengenalinya.

"Tetapi kami tertanya-tanya juga kenapa dia membotakkan kepalanya," kata salah seorang peminat.

Tags / Kata Kunci: Kristen Stewart , Personal Shopper

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan