Shah Rukh Khan & Aamir Khan Bakal Bergandingan

Diterbitkan: Rabu, 8 Mac 2017 5:30 AM

SRK dan Aamir pertama kali merakamkan gambar bersama selepas 25 tahun. -foto indianexpress.com

(Ubah saiz teks)

AKHIRNYA dua nama besar Bollywood iaitu Shah Rukh Khan dan Aamir Khan yang tidak pernah bersama dalam mana-mana projek bakal digandingkan bersama.

Bagaimanapun kedua-dua mereka bukan disatukan dalam sebuah filem seperti yang dinati-nantikan peminat.

Menurut sumber seperti yang dilaporkan indianexpress.com, mereka bakal digandingkan bagi menjayakan sebuah iklan televisyen.

Menurut laporan, saluran Star Plus sedang dalam proses untuk mendapatkan dua bintang itu untuk kempen Nayi Soch.

Satu sumber dipetik sebagai berkata dalam laporan bahawa: "Shah Rukh dan Aamir akan menjadi sebahagian daripada kempen Nayi Soch."

Namun sama ada Shah Rukh atau Aamir, kedua-dua mereka masih belum mengulas mengenai perkembangan ini.

Lebih menarik apabila kedua-dua mereka merakamkan gambar bersama selepas 25 tahun.

Tags / Kata Kunci: Bollywood , Shah Rukh Khan , Aamir Khan

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan