Penyanyi Tommy Page Meninggal Dunia Pada Usia 46 Tahun

Diterbitkan: Ahad, 5 Mac 2017 9:28 AM

Tommy Page.

(Ubah saiz teks)

LOS ANGELES: Penyanyi Tommy Page, 46, yang juga seorang eksekutif muzik meninggal dunia pada Jumaat lalu.

Punca kematian Page yang terkenal menerusi lagu I'll Be Your Everything itu bagaimanapun belum disahkan namun mendiang dipercayai membunuh diri.

Page memulakan kariernya bersama Sire Records selepas bertemu dengan pengasas syarikat rakaman itu yang telah melancarkan karier Ramones dan Madonna.

Karier seninya mula mendapat perhatian apabila dia muncul dengan album keduanya dan popular menerusi lagu Paintings in My Mind dan I'll Be Your Everything.

Selepas melancarkan beberapa buah album Page menjadi eksekutif di Warner Bros. Records sebelum beralih ke Billboard.

Dua tahun kemudian dia bertugas sebagai eksekutif untuk Pandora.

Penyanyi itu mempunyai tiga cahaya mata bersama pasangannya Charlie.

Sementara itu, industri muzik dan selebriti turut mengucapkan takziah di atas pemergian Page termasuk Josh Gorban dan komposer Diane Warren. - REUTERS

Tags / Kata Kunci: Tommy Page

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan