Kontroversi Anugerah Akademi ke 89, Steve Harvey Jadi Bahan Lawak

Diterbitkan: Selasa, 28 Februari 2017 5:45 AM

Kontroversi kesilapan mengumumkan kemenangan La La Land di Oskar 2017 'disejukkan' dengan jenaka membabitkan Steve Harvey.

(Ubah saiz teks)

TUGAS untuk mengumumkan nama pemenang pada acara berprestij terutamanya dalam sebuah rancangan secara langsung di televisyen tidak semudah yang disangka.

Ketika hos pertandingan Ratu Cantik Dunia 2015, Steve Harvey menyangka masyarakat dunia sudah melupakan kekecohan yang dilakukannya itu, pengacara Anugerah Akademi ke-89 (Oskar), Jimmy Kimmel pula menjadikan ia sebagai bahan gurauan.



Ia berlaku selepas penyampai anugerah iaitu Warren Beatty secara tidak sengaja menamakan La La Land sebagai pemenang kategori filem terbaik.

Jimmy dengan segera memaklumkan bahawa Moonlight adalah pemenang sebenar kategori berkenaan.

"Apa yang berlaku adalah sangat malang. Secara peribadi saya menyalahkan Steve Harvey untuk kesilapan ini," katanya secara jenaka.

Walaupun Warren cuba memberikan penjelasan, netizen bagaimanapun seakan sukar menerimanya dan mula membuat pelbagai teori dan spekulasi. -ENews

Tags / Kata Kunci: Steve Harvey , Oskar 2017

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan