Rihanna Terima Anugerah Kemanusiaan Universiti Harvard

Diterbitkan: Sabtu, 25 Februari 2017 5:40 AM

Rihanna bakal menerima anugerah daripada Universiti Harvard atas usahanya dalam kerja-kerja kemanusiaan.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Rihanna bakal menerima anugerah kemanusiaan daripada Universiti Harvard dalam sebuah majlis yang akan diadakan pada 28 Februari ini.

E! Online melaporkan Rihanna akan menerima Anugerah Kemanusiaan Peter J. Gomes atas usahanya dalam kerja-kerja kebajikan yang bukan sahaja di Amerika Syarikat tetapi di seluruh dunia.

Penyanyi berusia 29 tahun itu pernah melancarkan Pertubuhan Clara Lionel pada 2012 yang memfokuskan kepada pesakit AIDS.

Januari lalu Rihanna turut menjelajah ke Malawi untuk membincangkan mengenai soal pendidikan untuk kanak-kanak di negara Afrika.

Profesor dari Universiti Harvard, S. Allen Counter turut memuji usaha Rihanna dan menyifatkan usahanya membantu pihak kurang bernasib baik patut dicontohi.

Sebelum ini, beberapa nama besar pernah menerima anugerah sama seperti Kofi Annan, Arthur Ashe, Ruby Dee, James Earl Jones, Tommy Hilfiger, Lionel Richie, Sharon Stone, Desmond Tutu dan Malala Yousafzai.

Tags / Kata Kunci: Rihanna , Universiti Harvard

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan