Anak Mendiang Steve Irwin Sambung Legasi Teroka Hidupan Liar

Diterbitkan: Sabtu, 18 Februari 2017 5:30 AM

(Ubah saiz teks)

REMAJA ini baharu berusia 13 tahun namun gaya dan pengetahuannya mengenai hidupan liar cukup mengagumkan.

Ketika hadir ke program bual bicara The Tonight Show, Robert Irwin iaitu anak bongsu kepada mendiang pemburu buaya, Steve Irvin dilihat mempunyai perwatakan yang sama dengan bapanya.

“Anda kelihatan hebat seperti ini,” kata Jimmy Fallon, hos rancangan tersebut.

Walaupun Robert tidak begitu dikenali sebagai ‘pemburu buaya’ tapi dia kini mengikut jejak langkah bapanya mengenai hidupan liar.


Steve ketika hadir di rancangan The Tonight Show sebelum ini.

Pada rancangan itu Robert turut memberi peluang kepada Fallon untuk menyentuh sendiri beberapa haiwan liar yang dibawa khas ke New York City termasuk buaya kerdil Afrika, dan seekor ular sawa.

"Saya fikir saya adalah kanak-kanak yang paling bertuah," kata remaja itu sambil mengingati semula zaman kanak-kanaknya dengan menghabiskan masa di sebuah zoo di Australia.

“Bapa saya pernah muncul di The Tonight Show beberapa lama dahulu dan saya bangga dapat mengikuti jejak langkahnya,” kata Robert kepada Fallon.

Pada 2006, Steve Irwin yang dikenali ramai di seluruh dunia melalui siri dokumentari berkaitan hidupan liar meninggal dunia akibat diserang seekor ikan pari di kawasan Great Barrier Reef.

Steve ipercayai menemui ajal kerana jantungnya tertusuk duri ikan itu ketika melakukan penggambaran bagi satu siri televisyen di Batt Reef, berhampiran Low Isles, kira-kira 32 batu nautika dari Port Douglas, di utara Queensland.
Tags / Kata Kunci: Robert Irwin , Steve Irwin

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan