Penyanyi Jazz Al Jarreau Meninggal Dunia

Diterbitkan: Isnin, 13 Februari 2017 8:25 PM

Al Jarreau meninggal dunia pada usia 76 tahun.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Jazz dan R&B terkenal Al Jarreau, 76, meninggal dunia pada 12 Februari lalu di Los Angeles selepas beberapa hari mengumumkan persaraan daripada dunia muzik kerana masalah kesihatan.

Pemenang tujuh kali Anugerah Grammy itu dilaporkan menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira pukul 6 pagi waktu Los Angeles.

Jarreau meninggal dunia di sisi isteri, anak dan beberap ahli keluarga dan rakan rapat menurut kenyataan di laman Facebooknya.

Bagaimanapun punca kematian penyanyi lagenda itu tidak diberitahu.

Minggu lalu, Jarreau dimasukkan ke hospital disebabkan keletihan dan terpaksa membatalkan baki konsert jelajahnya yang sedang berlangsung.

Anaknya dalam satu kenyataan sehari selepas dia dimasukkan ke hospital memberitahu bapanya kelihatan ceria dan menyanyikan lagu popularnya Moonlighting kepada jururawat bertugas.

Sepanjang kariernya, Jarreau disifatkan sebagai penyanyi Jazz terunggul dengan vokal yang unik dan mempunyai karisma tersendiri.

Lagu Breakin' Away pernah menerima trofi Persembahan Lagu Pop Terbaik selain memenangi Persembahan Vokal Jazz Terbaik, Persembahan Vokal Pop Terbaik, Persembahan Vokal R&B Terbaik dan Persembahan Vokal R&B Tradisional Terbaik pada Anugerah Grammy.

Dilahirkan dengan nama Alwin Lopez Jarreau di Milwaukee pada 12 Mac 1940, album pertamanya dilancarkan pada tahun 1975 namun album We're in This Love Together pada 1981 melonjakkan namanya sebagai penyanyi.

Mendiang juga turut menyumbangkan suara untuk lagu We Are the World untuk mengutip dana bagi membantu kanak-kanak di Afrika disamping Michael Jackson, Diana Ross, Willie Nelson dan Bruce Springsteen. - REUTERS

Tags / Kata Kunci: Al Jarreau

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan