Lindsay Lohan Bimbang Untuk Pulang Ke Amerika Syarikat

Diterbitkan: Ahad, 12 Februari 2017 2:00 AM

(Ubah saiz teks)

SELEBRITI yang mencetuskan kontroversi, Lindsay Lohan mengakui bimbang untuk pulang ke negara asalnya Amerika Syarikat selepas berita tentang status agamanya menjadi perhatian.

Seperti dipetik Daily Mail, pelakon filem Liz & Dick ini mengakui sedang mendalami agama Islam dan menemui kedamaian dalam proses yang dijalaninya itu.

"Saya belajar tentang Al-Quran dan ia adalah proses mempelajari sebelum saya benar-benar menukar agama.

"Saya menghargai semua agama dan Islam adalah sebuah agama yang indah.

"Itu adalah dari apa yang saya pelajari, kamu tidak boleh menukar agama hanya dengan satu malam," ujarnya dalam wawancara tersebut.

Bagaimanapun, katanya, dia bimbang apa yang dilakukan itu menimbulkan kemarahan kepada rakyat Amerika Syarikat.

"Saya sangat mengagumi Islam kerana ia membawa kedamaian kepada saya namun saya takut apa yang akan terjadi jika saya pulang ke Amerika kerana hal ini," ujarnya.

Sementara itu, Lindsay turut berkata, dia merancang untuk menyakinkan Presiden Donald Trump agar berkunjung ke Syria bagi melihat nasib masyarakat di sana.

Dia juga berharap Amerika dapat membantu negara tersebut yang kini berada dalam kesusahan.

Tags / Kata Kunci: Lindsay Lohan

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan