Jerrika Hinton Tinggalkan Grey's Anatomy

Diterbitkan: Jumaat, 3 Februari 2017 5:40 AM

Jerrika Hinton bakal meninggalkan drama bersiri popular, Grey's Anatomy.

(Ubah saiz teks)

PELAKON Jerrika Hinton dilaporkan bakal meninggalkan siri popular Grey's Anatomy  hanya selepas empat musim bersama rancangan itu.

Menurut laporan E Online, Jerrika yang memegang watak sebagai Dr. Stephanie Edwards itu dikatakan tidak akan kembali selepas musim ke-13 berakhir.

Pengunduran pelakon itu dikatakan mempunyai kaitan dengan penglibatannya dalam sebuah siri terbaharu terbitan HBO.

Selain itu, Jerrika juga terlibat dalam siri terbaharu terbitan penerbit Grey's Anatomy iaitu Shonda Rhimes berjudul Toast.

Pihak ABC bagaimanapun masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung dakwaan berkenaan.

Sementara itu, nasib siri yang mengangkat kisah kedoktoran itu juga dikatakan masih tidak menentu apabila tiada masih belum ada pengumuman berhubung musim terbaharu Grey's Anatomy.

Kali terakhir Grey's Anatomy kehilangan pelakonnya adalah pada musim ke-12 apabila Sara Ramirez membuat keputusan meninggalkan siri itu.

Tags / Kata Kunci: Jerrika Hinton , Grey's Anatomy

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan