Rumah Mewah Taylor Swift Dibina Pada 1934

Diterbitkan: Isnin, 30 Januari 2017 4:00 AM

Taylor Swift

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Taylor Swift merupakan salah satu selebriti terkaya di Hollywood, jadi ia bukan sesuatu yang luar biasa jika wanita ini mempunyai sebuah rumah mewah dan bersejarah.

Penyanyi lagu Bad Blood ini memiliki sebuah rumah mewah yang dibina pada tahun 1934 dan terletak di Berverly Hill. 

Rumah banglo berkenaan dibeli dengan harga kira-kira RM110 juta daripada seorang produser filem bernama Samuel Goldwyn pada tahun 2015.

Taylor telah mengubahsuai setiap inci rumah yang memiliki tujuh bilir tidur dan 10 bilik mandi ini.


Bagaimanapun, Taylor tidak mengubah banyak bentuk rumah berkenaan bagi mengekalkan reka bentuk asal.

Kediaman seluas 10.982 kaki persegi ini didominasi warna putih dan keemasan, lantai kayu juga membuatkan rumah ini kelihatan begitu mewah.

Ruang makan dan ruang tamu yang luas cukup untuk menampung rakan-rakannya untuk berkumpul.

Rumah ini juga dilengkapi dengan perpustakaan besar. Selain itu, di luar kawasan rumah juga menempatkan kolam renang dan gelanggang tenis serta taman yang cantik dan luas.



Ini bukan satu-satunya rumah yang dimiliki penyanyi berkenaan. Dia turut mempunyai kediaman di New York, City Tribeca, Rhode Island dan Nashville.
Tags / Kata Kunci: Taylor Swift

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan