Denzel Washington & Emma Stone Raih Anugerah SAG Awards 2017

Diterbitkan: Isnin, 30 Januari 2017 2:23 PM

Denzel Washington menang Aktor Terbaik SAG Awards 2017

(Ubah saiz teks)

PELAKON filem Fences, Denzel Washington diumum sebagai Aktor Terbaik di anugerah Screen Actors Guild Awards 2017 (SAG Awards 2017) yang berlangsung pada Isnin di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Aktor berusia 62 tahun itu juga menewaskan saingan terdekatnya Ryan Gosling daripada filem La La Land, Casey Affleck, (Manchester By The Sea), Andrew Garfield (Hacksaw Ridge), dan Viggo Mortensen (Captain Fantastic).

Emma Stone


Filem tersebut juga memenangi kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi Viola Davis. 

Manakala, Emma Stone wakil tunggal filem La La Land yang berjaya meraih anugerah ketogori Aktres Wanita Terbaik dengan menewaskan Amy Adams (Arrival), Emily Blunt (The Girl on the Train), Natalie Portman (Jackie), dan Meryl Streep (Florence Foster Jenkins).

Sementara itu, kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dimenangi oleh Mahershala Ali menerusi filem Moonlight.



Berikut adalah senarai pemenang SAG Awards 2017:


AKTOR TERBAIK

Denzel Washington - "Fences"

AKTRES TERBAIK

Emma Stone - "La La Land" 

PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK

Mahershala Ali - "Moonlight" 

PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK

Viola Davis - "Fences"

FILEM TEATER TERBAIK

"Hidden Figures"

ENSEMBLE TERBAIK DALAM FILEM

"Hidden Figures"

PELAKON LELAKI TERBAIK DALAM TELEFILEM

Bryan Cranston - "All the Way"

PELAKON WANITA TERBAIK DALAM TELEFILEM

Sarah Paulson - "The People v. O.J. Simpson: American Crime Story"

PELAKON LELAKI TERBAIK DALAM DRAMA SIRI

John Lithgow - "The Crown"

PELAKON WANITA TERBAIK DALAM DRAMA SIRI

Claire Foy - "The Crown"

PELAKON LELAKI TERBAIK DALAM DRAMA KOMEDI

William H. Macy - "Shameless" 

PELAKON WANITA TERBAIK DALAM DRAMA KOMEDI

Julia Louis-Dreyfus - "Veep"

ENSEMBLE TERBAIK DALAM DRAMA SIRI

"Stranger Things"

ENSEMBLE TERBAIK DALAM KOMEDI SIRI

"Orange is the New Black"

STUND ENSEMBLE TERBAIK DALAM DRAMA TV

"Game of Thrones"

ANUGERAH SEPANJANG HAYAT

Lily Tomlin

Tags / Kata Kunci: SAG Awards 2017

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan