Majlis Pengebumian George Michael Ditangguh

Diterbitkan: Ahad, 29 Januari 2017 4:00 AM

Majlis pengebumian penyanyi George Michael terpaksa ditangguhkan ekoran laporan ujian toksik bagi mencari punca kematiannya masih belum diketahui.

(Ubah saiz teks)

MAJLIS pengebumian George Michael terpaksa ditangguh selepas selepas pegawai penyiasat masih menanti keputusan ujian toksik terhadap penyanyi terkenal itu.

Pegawai penyiasat dari Oxfordshire, Darren Salter dalam satu kenyataan memberitahu pihaknya juga masih belum membuka kertas siasatan berhubung punca kematian George kerana menunggu keputusan ujian berkenaan.

"Kita perlu memastikan sama ada kematian George berpunca daripada penyalahgunaan dadah atau pun tidak.

"Selagi keputusan masih belum dikeluarkan majlis pengebumiannya terpaksa ditangguhkan," katanya seperti dilaporkan The Mirror.

Jasad penyanyi lagu One More Try itu sepatutnya dikebumikan pada bulan ini dan masih belum ada tarikh sebenar upacara itu akan diadakan.

Kematian George pada 25 Disember lalu menimbulkan pelbagai spekulasi termasuk dia dikatakan mungkin mengambil dadah sebelum ditemui mati oleh teman lelakinya, Fadi Fawaz.

Malah Fadi turut disoal siasat oleh polis berhubung kematian George namun pihak berkuasa menyifatkan kematian penyanyi itu sebagai tiada yang mencurigakan.

Tags / Kata Kunci: George Michael , Fadi Fawaz

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan