Scarlett Johansson-Romain Dauriac Berpisah

Diterbitkan: Sabtu, 28 Januari 2017 5:40 AM

Bintang Hollywood terkenal, Scarlett Johansson dan suaminya Romain Dauriac berpisah selepas dua tahun berkahwin.

(Ubah saiz teks)

PELAKON Scarlett Johansson dan suaminya, Romain Dauriac dilaporkan mengambil keputusan untuk berpisah hanya selepas dua tahun berkahwin.

Pasangan itu dikatakan sudah tidak tinggal sebumbung sejak musim panas lalu menurut laporan People.

Scarlett, 33, yang baru-baru ini menghadiri perhimpunan Women's March di Washington dilihat tidak lagi memakai cincin perkahwinannya.

Romain, 35, seorang rakyat Perancis dan bekerja sebagai wartawan berkahwin dengan aktres berkenaan pada 2014 selepas menyambut kelahiran anak pertama mereka, Rose Dorothy Dauriac.

Dalam pada itu, sumber terdekat pasangan berkenaan memberitahu walaupun sudah berpisah namun hubungan mereka kekal baik sebagai kawan.

"Atas sebab itu anda masih boleh lihat mereka sering keluar bersama kerana selain demi anak, mereka juga kekal sebagai kawan," kata sumber itu.

Scarlett sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon Ryan Reynolds pada tahun 2008 namun bercerai dua tahun kemudian.

Tags / Kata Kunci: Scarlett Johansson , Romain Dauriac

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan