Lindsay Lohan Temui Erdogan, Bana al-Abed

Diterbitkan: Sabtu, 28 Januari 2017 4:13 PM

Lindsay Lohan bersama Bana al-Abed

(Ubah saiz teks)

ISTANBUL: Pelakon Amerika Syarikat, Lindsay Lohan pada Jumaat mengadakan pertemuan dengan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan.

Dia turut menemui penulis blog yang merupakan seorang gadis Syria berusia tujuh tahun, Bana al-Abed di Ankara, demikian menurut pejabat presiden menerusi laman webnya.

Menerusi gambar yang diambil di istana presiden, Lohan tersenyum ketika berdiri di sebelah Erdogan, yang memeluk Bana dan isterinya Emine.

Bana berkongsi video pendek di Twitter, di mana Lohan berkata: "Kami mahu membantu semua rakyat di Syria dan Aleppo yang menderita dan kepada semua pelarian, kami di sini menyokong anda dan anda perlu bertahan dan berjuang. Sama seperti Bana lakukan."

Lohan sebelum ini telah menyatakan sokongan terhadap usaha Turki untuk menjadi tuan rumah kepada hampir tiga juta rakyat Syria yang  melarikan diri daripada perang, kata agensi berita Anadolu.

Pelakon Amerika itu memberikan lencana biru kepada Erdogan dan isterinya yang mengandungi petikan dari pemimpin Turki: "Dunia adalah lebih besar daripada lima," menurut Anadolu.

Petikan itu adalah merujuk kepada lima anggota tetap Majlis Keselamatan PBB - Britain, China, Perancis, Rusia dan Amerika Syarikat.

Bana menjadi perhatian antarabangsa melalui Live Tweet dari bandar bergolak Aleppo.

Tags / Kata Kunci: Lindsay Lohan

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan