Ibu Kandung Rayu Mahu Jumpa Anak Dijaga Angelina Jolie

Diterbitkan: Khamis, 19 Januari 2017 5:30 AM

Angelina Jolie. - AP
(Ubah saiz teks)

IBU kepada anak angkat aktres Angelina Jolie iaitu Mantewab Dawit Lebiso tiba-tiba muncul untuk bertemu semula dengan anaknya Zahara yang kini berada bawah jagaan Jolie.

Wanita berusia 31 tahun itu berharap dapat melepaskan rindu terhadap anak yang ditinggalkannya kira-kira 10 tahun lalu disebuah rumah kebajikan.

Bagaimanapun, wanita itu berkata, dia tidak akan meminta sebarang bayaran daripada Jolie.

"Saya hanya ingin diberi peluang untuk bercakap dengan Zahara. Saya rasa ia adalah perkara yang sukar.

"Saya hanya mahu melepaskan kerinduan terhadap anak saya dan bukan kerana ingin meminta pelakon itu duit," ujarnya seperti dipetik
Dailymail.

Angelina mengambil Zahara dari sebuah rumah kebajikan di Ethiopia ketika kanak-kanak itu berusia enam bulan.

Bintang
Mr & Mrs Smith itu tidak mengetahui bahawa ibu kanak-kanak tersebut masih hidup.

Angelina Jolie mengambil tiga orang anak angkat iaitu Zahara, Maddox dan Pax sebelum dikurniakan tiga cahaya mata hasil perkahwinan dengan pelakon Brad Pitt.

Tags / Kata Kunci: Angelina Jolie

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan