'La La Land' Bolot Tujuh Anugerah Golden Globe 2017

Diterbitkan: Isnin, 9 Januari 2017 1:10 PM

La La Land menang besar.

(Ubah saiz teks)

FILEM muzikal La La Land meraih tujuh anugerah di Anugerah Golden Globe 2017 yang sedang berlangsung pada Ahad (waktu tempatan) di Beverly Hilton Hotel, Los Angeles, Amerika Syarikat.

Filem berkenaan diumumkan memenangi kategori Pelakon Lelaki Dalam Muzikal/ Komedi Terbaik yang menjadi milik Ryan Gosling, Pelakon Wanita Dalam Muzikal/Komedi Terbaik dimenangi Emma Stone dan Pengarah Terbaik pula milik Damien Chazelle.

Manakala anugerah lain yang turut dibolot filem itu ialah Filem Terbaik, Skor Asal Terbaik, Lagu Asal Terbaik (Justin Hurwitz), dan Lakon Layar Terbaik (Damian Chazelle).

Filem tersebut memenangi kesemua anugerah yang dicalonkan pada acara berkenaan.

Ryan Gosling (kiri) dan Emma Stone bersama trofi kemenangan masing-masing.
Ryan dalam ucapannya mengucapkan terima kasih terhadap orang yang memberi kepercayaan kepadanya untuk berlakon dalam filem muzikal berkenaan.

Dia turut berterima kasih kepada isterinya Eva Mendes yang banyak memberi sokongan kepadanya selama ini.

Anugerah berpretij itu merupakan kali ke-74 yang dianjurkan oleh Hollywood Foreign Press Association (HFPA).

Pelawak terkenal Jimmy Fallon bertanggungjawab mengendalikan acara penghargaan filem tersebut.

Sementara itu, aktres Meryl Streep menerima anugerah Cecil B DeMille atas prestasinya sepanjang berkecimpung selama 46 tahun industri hiburan Hollywood.
 

Berikut ialah senarai pemenang Anugerah Golden Globe 2017

Filem Terbaik - Drama
Moonlight

Filem Terbaik - Muzikal/Komedi
La La Land

Persembahan Terbaik Pelakon Wanita - Drama
Isabelle Huppert - "Elle" 

Persembahan Terbaik Pelakon Lelaki - Drama
Casey Affleck - "Manchester by the Sea" 

Pelakon Lelaki Terbaik - Muzikal/komedi
Ryan Gosling - "La La Land" 

Pelakon Terbaik Wanita -Muzikal/Komedi
Emma Stone - "La La Land" 

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
Aaron Taylor-Johnson - "Nocturnal Animals" 

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
Viola Davis - "Fences" 

Filem Animasi Terbaik
"Zootopia" 

Pengarah Terbaik
Damien Chazelle - "La La Land" 

Lakon Layar Terbaik
Damien Chazelle - "La La Land" 

Skor Asal Terbaik
"La La Land" 

Lagu Asal Terbaik
"City of Stars" - "La La Land" 

Filem Luar Negara Terbaik
"Elle" - (France) 

Kategori TV

Drama TV Terbaik

"The Crown"

Pelakon TV Lelaki Terbaik
Billy Bob Thornton - "Goliath"

Pelakon TV Wanita Terbaik

Claire Foy - "The Crown" 

Drama Siri Terbaik

"Atlanta" 

Pelakon Lelaki Terbaik - TV Siri (Muzikal/komedi)

Donald Glover - "Atlanta" 

Pelakon Wanita Terbaik - TV Siri (Muzikal/Komedi)

Tracee Ellis Ross -"black-ish"

Filem Terbaik - TV

Simpson: American Crime Story"

Pelakon Lelaki Terbaik Dalam Drama TV

Tom Hiddleston - "The Night Manager" 

Pelakon Wanita Terbaik Dalam Drama TV

Olivia Colman - "The Night Manager" 

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Dalam Drama 

Hugh Laurie - "The Night Manager" 

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Dalam Drama

Sarah Paulson - "The People v. O.J. Simpson: American Crime Story"

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan