Dua Tahun Menyepi, Ed Sheeran Lancar Dua Lagu Baharu

Diterbitkan: Ahad, 8 Januari 2017 12:31 AM

Ed Sheeran mengejutkan peminat apabila tampil dengan dua single terbaharunya pada Jumaat lalu.

(Ubah saiz teks)

PENANTIAN dua tahun peminat Ed Sheeran akhirnya berbaloi apabila penyanyi itu melancarkan dua single terbaharunya pada Jumaat.

Ed dalam satu kenyataan menerusi Twitter memberitahu lagu berjudul Shape of You dan Castle on the Hill itu adalah hadiah untuk peminat yang tidak jemu menyokongnya selama ini.

"Memandangkan saya menyepi agak lama, jadi terima dua single sekaligus untuk anda semua," katanya seperti dilaporkan Billboard.

Sementara itu, jejaka berusia 25 tahun itu turut membuat kejutan apabila muncul menerusi program BBC Radio 1 Breakfast untuk mempromosikan single terbaharunya itu.

Malah dia sempat mempersembahkan lagu berkenaan secara unplugged pada program berkenaan.

Tags / Kata Kunci: Ed Sheeran

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan