Mariah Carey Malu Besar 'Miming' Persembahan Malam Tahun Baharu

Diterbitkan: Isnin, 2 Januari 2017 12:31 AM

Mariah dilihat berang apabila fon telinga tidak berfungsi sehingga menyukarkannya untuk mendengar suaranya sendirinya.

(Ubah saiz teks)

PENUTUP tahun 2016 memberi malu besar kepada Mariah Carey apabila penyanyi terkenal itu gagal menyanyi dengan baik pada acara Dick Clark’s Rockin’ Eve 2017 di Times Square New York yang turut disiarkan secara langsung pada Ahad lalu.

New York Post melaporkan Mariah, 46, gagal untuk mengikut rentak ketika lagu berjudul Emotions dimainkan ekoran masalah teknikal pada fon telinganya yang tidak berfungsi.

Mariah yang kelihatan panik di atas pentas sempat meminta pihak teknikal memperbaiki masalah berkenaan sehingga pada satu tahap penyanyi itu hanya berdiri kaku di atas pentas.

Dia itu kemudiannya cuba berinteraksi dengan penonton dan menjelaskan masalah dihadapinya.

"Selamat tahun baru semua! Saya tidak dapat mendengar dan saya cuba berikan yang terbaik buat anda semua," katanya.

Selain Emotions, Mariah juga menyampaikan lagu We Belong Together pada acara tahunan itu.

Dalam pada itu, Mariah yang kelihatan berang tetap meneruskan persembahannya menerusi lagu We Belong Together dan nyanyiannya jelas secara 'miming'.

Mariah terpaksa menanggung malu besar sebelum bertindak meninggalkan pentas sebelum persembahannya tamat.

Mariah secara tiba-tiba berhenti menyanyi walaupun suaranya masih berkumandang sebelum bertindak meninggalkan pentas meskipun persembahannya masih belum tamat.

"Jelas kelihatan dia sangat kecewa dengan apa yang berlaku," ujar sumber.

Kegagalannya mengawal keadaan membuatkan peminat menghentam Mariah di Twitter dan menyifatkan persembahannya itu adalah penamat kariernya.

"Mariah sepatutnya belajar daripada Britney Spears bagaimana untuk menyanyi secara 'miming' dengan baik.

"Persembahan itu sangat memalukan dan sepatutnya dia cuba melakukan sesuatu untuk menyelamatkan keadaan," kata netizen.

Malah ada yang menyifatkan persembahan itu sebagai 'kematian' terakhir sebelum berakhirnya tahun 2016.

"Kematian terakhir 2016...kerjaya Mariah Carey," kata salah seorang peminatnya.

Dalam kenyataan segera kepada media berhubung perkara itu, pihak pengurusannya menjelaskan kejadian itu disebabkan oleh masalah teknikal yang tidak dijangka sehingga menggangu persembahan itu.

"Malangnya tiada apa yang boleh dilakukan oleh Mariah untuk meneruskan persembahan dalam keadaan itu," kata kenyataan tersebut.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan