Hubungan Dingin Madonna & Rocco Kembali Pulih

Diterbitkan: Sabtu, 31 Disember 2016 12:32 AM

(Ubah saiz teks)

HUBUNGAN penyanyi Madonna, 58, dengan anaknya iaitu Rocco, 16, yang dingin sebelum ini kembali pulih selepas mereka dilihat bercuti bersama-bersama.

Percutian itu turut disertai anak Madonna yang lain iaitu Lourdes, 20, David, 11, dan Mercy, 10.

Penyanyi itu turut berkongsi foto mereka bersama rakan-rakan di Instagram termasulah David Blaine yang menulis “Swiss Fmily Robinson”.

Hubungan Madonna dengan Rocco sebelum ini tegang apabila anaknya itu memutuskan untuk tinggal dengan Guy Ritchie bekas suami penyanyi itu di London.

Sebelum ini Madonna dilaporkan telah meminta Blaine membantu memulihkan hubungan dia dengan Rocco.

Pada November lalu, Rocco telah ditahan pihak berkuasa  kerana memiliki ganja yang ditemui dalam beg sandangnya di Primrose Hill, London.
Tags / Kata Kunci: Madonna

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan