Tidak Pandai Bercinta Punca James Franco Masih Solo

Diterbitkan: Jumaat, 23 Disember 2016 12:31 AM

James Franco mengakui tidak pandai bermain cinta untuk menarik perhatian wanita.

(Ubah saiz teks)

PELAKON James Franco menyifatkan sikapnya yang tidak pandai bermain cinta menjadi faktor dia masih tidak mempunyai teman wanita.

James berkata, dia adalah seorang yang suka mengambil berat tentang orang lain tetapi tidak mahir dalam meluahkan perasaannya.

"Saya memang teruk dalam soal percintaan kerana tidak pandai untuk meluahkan apa yang terbuku di hati.

"Sikap saya yang tidak pandai bermain cinta juga penyebab mengapa saya masih solo sehingga sekarang," katanya seperti dilaporkan E Online.

Katanya lagi, dia cuba memperbaiki kelemahannya itu dan berharap dapat menemui cinta sejatinya.

Sebelum ini, timbul desas-desus mengatakan James adalah seorang homoseksual dan ia antara punca pelakon terkenal itu dilihat mengelak daripada berbicara soal cinta.

Bagaimanapun James bersikap terbuka dan tidak cuba menafikan atau mengiyakan tentang perkara itu.

"Orang lebih berminat dengan soal seksualiti saya dan saya rasa itu adalah hak saya.

"Mereka ingin tahu kerana saya seorang selebriti dan mungkin ada sisi gay dalam diri saya," katanya dalam satu temubual bersama majalah Times  April lalu.

Tags / Kata Kunci: James Franco

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan