Chris Martin Pemurah, Kongsi Rezeki Sejak Kecil

Diterbitkan: Sabtu, 17 Disember 2016 12:31 AM

Chris Martin mendermakan 10 peratus pendapatannya kepada badan kebajikan.

(Ubah saiz teks)

VOKALIS kumpulan Coldplay, Chris Martin dilaporkan menderma 10 peratus daripada jumlah pendapatannya kepada beberapa badan kebajikan.

Chris dalam satu temuramah memberitahu, sejak dari kecil dia diajar oleh ibunya untuk sentiasa bermurah hati dan membantu golongan memerlukan.

"Sejak saya berusia sembilan tahun ibu akan mengambil satu pertiga daripada duit poket yang diberikan untuk disimpan dan diderma kepada badan kebajikan.

"Kata ibu ketika itu dia mengambil duit berkenaan kerana ingin mengajar saya tentang kepentingan berkongsi apa yang kita ada.

"Saya bersyukur kerana sehingga kini saya sudah terbiasa untuk membahagikan sebahagian pendapatan untuk tujuan itu," katanya seperti dilaporkan Daily Mail.

Malah kata Chris, dia juga berjaya mempengaruhi ahli kumpulan Coldplay yang lain untuk melakukan perkara sama.

Tags / Kata Kunci: Coldplay , Chris Martin

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan