Mandy Moore Tak Percaya Dapat Pencalonan Anugerah Golden Globe

Diterbitkan: Jumaat, 16 Disember 2016 12:31 AM

Mandy Moore mendapat pencalonan pada Anugerah Golden Globe yang bakal berlangsung pada 8 Januari depan.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI dan pelakon Mandy Moore menganggap pencalonannya pada Anugerah Golden Globe menerusi lakonannya dalam drama bersiri This Is Us sebagai sesuatu yang pelik.

Mandy yang mendapat pencalonan bagi kategori Pelakon Pembantu Terbaik Siri berkata dia masih belum dapat menerima perkara itu kerana ia diluar jangkaannya.

Pengumuman itu dibuat oleh Hollywood Foreign Press Association (HFPA) pada Isnin lalu.

Tambah Mandy, dia hanya mendapat tahu berhubung pencalonannya itu apabila diberitahu oleh rakan pelakon dalam drama bersiri itu, Milo Ventimiglia yang menghantar mesej kepadanya.

"Milo menghantar mesej mengucapkan tahian kepada saya dan saya jadi keliru kerana tidak mengetahui apa-apa.

"Apabila ditanya ia mengenai apa dia memberitahu saya tercalon dan sukar mempercayainya," ujarnya.

Jelas Mandy lagi, dia sangat teruja sehingga sukar mempercayai perkara itu kerana sepanjang kariernya dia tidak pernah mendapat sebarang pencalonan dalam mana-mana anugerah.

Selain Mandy, pelakon lain yang turut tercalon dalam kategori sama adalah Olivia Colman, Lena Headey, Thandie Newton dan Chrissy Metz.

Anugerah Golden Globe bakal berlangsung pada 8 Januari depan.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan