Kesha Dedah Pernah Alami Masalah Anoreksia

Diterbitkan: Isnin, 12 Disember 2016 12:31 AM

Kesha mendedahkan pernah mengalami masalah aneroksia ketika berucap pada majlis Billboard Women in Music bau-baru ini.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Kesha membuat kejutan apabila mengakui pernah bergelut dengan masalah pemakanan semasa memberi ucapan pada majlis anugerah Billboard Women in Music baru-baru ini.

Daily Mail melaporkan Kesha dia memberanikan diri untuk bercakap mengenai perkara itu secara terbuka kerana merasakan perlu bercakap benar selain berharap ia dapat membantu golongan yang mempunyai masalah sepertinya.

Kesha turut menerima trofi Traiblazer pada acara itu.

"Saya bertuah kerana mempunyai platform untuk bersuara dan saya ingin menggunakannya demi bercakap benar dan membantu orang lain.

"Keterbukaan saya bercakap mengenai masalah anoreksia kerana saya bukan keseorangan dan masalah ini seperti satu perkara biasa dalam masyarakat pada hari ini," katanya.

Dalam pada itu, Kesha mengakui ketika bergelut dengan masalah pemakanan dia berasa gembira apabila bentuk tubuhnya semakin kurus tanpa menyedari ia adalah satu masalah.

Bagaimanapun dia mula sedar tentang masalah dihadapinya dan mula berubah dan mendapatkan rawatan.

"Jika anda lihat saya sekarang, saya meraikan ketidaksempurnaan bentuk tubuh saya kerana ia bukan satu-satunya perkara paling penting dalam hidup.

"Saya mahu meraikan kehidupan dan melakukan perkara yang saya sukai terutamanya muzik," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Kesha

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan