Meghan Trainor Batal Konsert Jelajah Kerana Masalah Vokal

Diterbitkan: Ahad, 11 Disember 2016 12:31 AM

Meghan Trainor terpaksa membatalkan konsert jelajahnya kerana mengalami masalah vokal.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Meghan Trainor terpaksa membatalkan konsert jelajahnya yang berbaki sehingga hujung tahun ini ekoran mengalami masalah vokal.

Meghan, 22, mengumumkan perkara itu menerusi akaun Instagram miliknya baru-baru ini dan memberitahu doktor mengarahkannya untuk tidak menyanyi bagi mengelakkan kecederaan pada vokalnya bertambah teruk.

"Dengan rasa kesal saya terpaksa membatalkan konsert jelajah saya kerana masalah vokal yang saya hadapi tidak bertambah baik.

"Doktor mengarahkan saya untuk berehat daripada menyanyi selama dua minggu dan perkara ini menyedihkan kerana saya teruja untuk bertemu anda semua.

"Saya berharap dapat kembali mengadakan persembahan untuk anda semua dalam masa terdekat ini," tulisnya.

Tahun lalu, Meghan mengalami masalah sama sehingga terpaksa menjalani pembedahan selain membatalkan konsert jelajahnya iaitu MTrain Tour.

Tags / Kata Kunci: Megan Trainor

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan