Mick Jagger Sambut Anak Ke-8 Pada Usia 73 Tahun

Diterbitkan: Sabtu, 10 Disember 2016 12:31 AM

Mick dan Melanie menyambut kelahiran anak lelaki mereka pada Khamis lalu di New York.

(Ubah saiz teks)

VOKALIS kumpulan The Rolling Stones, Mick Jagger yang usianya mencecah 73 tahun menyambut kelahiran anak kelapannya pada 8 Disember lalu.

Daily Mail melaporkan bayi lelaki itu adalah hasil hubungan penyanyi terkenal itu dengan teman wanitanya yang juga seorang penari balet, Melanie Hamrick, 29 tahun.

"Bayi Melanie dan Mick dilahirkan di sebuah hospital di New York pada Khamis lalu dan bayi dalam keadaan sihat.

"Mick berada disamping Melanie ketika proses bersalin dan berharap peminat mendoakan kesejahteraan ibu dan anak," kata wakil penyanyi itu.

Mick dan Melanie mula menjalinkan hubungan cinta dua tahun lalu namun pasangan itu sangat privasi tentang percintaan mereka.

Bagaimanapun, jurucakap penyanyi itu mengumumkan kehamilan Melanie pada Julai lalu.

Mick mempunyai tujuh lagi anak iaitu empat perempuan dan tiga anak lelaki yang berusia di antara 18 hingga 47 tahun hasil hubungannya dengan empat wanita.

Penyanyi itu juga mempunyai lima cucu.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan