Rihanna, Putera Harry Jalani Ujian HIV

Diterbitkan: Selasa, 6 Disember 2016 12:31 AM

Rihanna dan Putera Harry menjalani ujian HIV pada sambutan Hari AIDS Sedunia yang diadakan di Barbados pada 1 Disember lalu. Foto REUTERS

(Ubah saiz teks)

CUCU kepada Ratu Elizabeth II iaitu Putera Harry dan penyanyi terkenal Rihanna menawarkan diri untuk menjalani ujian HIV sebagai menyokong sambutan Hari AIDS sedunia pada 1 Disember lalu.

Daily Mail kedua-dua figura terkenal itu turut berbuat demikian bagi mengalakkan orang ramai untuk menjalani ujian sama terutama golongan berisiko tinggi.

Bagi Putera Harry, ia bukan pertama kali dia melakukan ujian berkenaan dan pernah melakukannya pada awal tahun ini.

"Dengan teknologi terkini pada hari ini ia sangat mudah untuk menjalani ujian HIV.

"Tidak kira anda lelaki, perempuan, normal, gay atau lesbian...Apa kata anda datang dan lakukan ujian?," katanya.

Dalam pada itu, keputusan ujian HIV untuk Putera Harry dan Rihanna adalah negatif.
Tags / Kata Kunci: Rihanna , Putera Harry , Hari AIDS Sedunia , HIV

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan