Luna Maya Batal Kontrak Rakan Kongsi Dengan Ayu Ting Ting - Bintang Global | mStar

Luna Maya Batal Kontrak Rakan Kongsi Dengan Ayu Ting Ting

Diterbitkan: Isnin, 28 November 2016 1:00 AM

Ayu Ting Ting dan Luna Maya perang dingin - Foto Detik Hot.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Luna Maya kecewa dengan sikap rakan kongsinya penyanyi dangdut Ayu Ting Ting yang diketahui melanggar kontrak perjanjian perniagaan fesyen mereka.

Seperti dipetik Detik Hot, Luna turut membatalkan perjanjian berkenaan dan memadam semua foto-foto bersama Ayu Ting Ting di akaun Luna Habit x Ayu Ting Ting.

"Sangat sedih kerana jadi perkara begini, suami isteri sahaja boleh bercerai, apa lagi teman baik dan hanya teman bisnes. Saya akan lebih berhati-hati dan belajar daripada kesilapan ini," ujarnya.

Menurut Luna, dia mengetahui rakan kongsinya itu juga sudah menandatangani kontrak bersama usahawan lain dalam bidang perniagaan yang sama.

Dia juga kesal, perkara itu diketahui menerusi orang luar dan bukan daripada penyanyi dangdut itu.

Sementara itu, Ayu Ting Ting memberitahu kontrak yang ditandatangi dengan pelakon berkenaan sudah selesai.

"Saya tidak faham apa yang dimaksudkan oleh Luna kerana kontrak itu sudah selesai dan saya sudah melakukan promosi seperti apa yang dijadualkan Luna.

"Saya tidak faham mengapa dia tuduh saya tiada etika," ujarnya.
Tags / Kata Kunci: Luna Maya
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan