Marc Anthony Cium Jlo Selepas Umum Perpisahan Dengan Isteri

Diterbitkan: Isnin, 21 November 2016 12:31 AM

Marc tampil mengadakan persembahan bersama bekas isterinya, Jennifer Lopez di Anugerah Grammy Latin 2016 selepas mengumumkan perpisahannya dengan isteri, Shannon De Lima.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Marc Anthony mengejutkan peminat apabila bertindak mencium bekas isterinya, Jennifer Lopez pada acara Anugerah Grammy Latin 2016 selepas mengumumkan perpisahannya dengan Shannon De Lima.

E Online melaporkan Marc dan Jennifer bercium sejurus selepas mereka mengadakan persembahan menerusi lagu Olvidame y Pega la Vuelta pada acara tersebut.

Tindakan tersebut membuatkan penonton terkejut dan spekulasi mengatakan mereka bakal kembali bersama mula bertebaran.

Jennifer atau Jlo dalam kenyataan media dikeluarkan menyangkal perkara itu dan menyifatkan ciuman berkenaan tidak mempunyai sebarang maksud.

Jlo dan Marc bercium selepas selepas mengadakan persembahan di Anugerah Grammy Latin 2016.

Marc dan Shannon mengumumkan perpisahan mereka selepas dua tahun berkahwin.

Dalam pada itu, Marc yang turut diberi anugerah pencapaian pada acara itu berterima kasih kepada anak-anaknya dan menganggap mereka adalah sumber inspirasinya.

"Alex, Arianna, Christina, Ryan, Max dan Emme; Ayah selamanya milik kamu semua," katanya.A

Perpisahan itu adalah kali ketiga untuk bintang terkenal Latin itu yang sebelum ini pernah berkahwin dengan Miss Universe 1993, Dayanara Torres sebelum mengahwini Jlo.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan