Dakwaan Gangguan Seksual Terhadap Elton John Digugurkan

Diterbitkan: Ahad, 20 November 2016 12:31 AM

Elton John bebas daripada dakwaan melakukan gangguan seksual terhadap bekas pengawal peribadinya.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI terkenal Elton John bebas daripada sebarang tuduhan melakukan serangan seksual terhadap bekas pengawal peribadinya selepas kes itu digugurkan.

Jurucakap penyanyi berusia 69 tahun dalam satu kenyataan berkata kedua-dua belah pihak menyelesaikan kes tersebut secara baik di luar mahkamah.

Bagaimanapun tiada sebarang ganti rugi dibayar kepada lelaki dikenali sebagai Jeffrey Wenninger sebagai penyelesaian.

"Dakwaan yang dibuat tidak mempunyai asas dan saman itu dibuat kerana perasaan tidak puas hati dengan bayaran diterima sepanjang bekerja sebagai pengawal peribadi Elton.

"Bagaimanapun kes itu selesai dengan kedua-dua belah pihak bersetuju menyelesaikan di luar mahkamah namun tiada sebarang bayaran ganti rugi dibuat," kata wakil penyanyi itu seperti dilaporkan Mirror.

Jeffrey bertugas sebagai pengawal peribadi penyanyi lagenda itu sejak 12 tahun lalu dan mengambil keputusan berhenti pada September 2014.

Lelaki berkenaan yang memfailkan dakwaan tersebut pada Mac lalu mendakwa Elton sering menggangunya secara seksual sehingga membuatkan dia berasa tidak selesa.

Kata bekas polis itu, Elton pernah meraba kemaluan dan dadanya tanpa kerelaannya dan sering mengulangi perbuatannya itu.

Tags / Kata Kunci: Elton John

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan