Avril Lavigne Dikaitkan Ada Hubungan Cinta Dengan Ryan Cabrera

Diterbitkan: Jumaat, 18 November 2016 12:31 AM

Avril Lavigne dan Ryan Cabrera dikatakan sedang hangat bercinta.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Avril Lavigne dan Ryan Cabrera dikatakan sakan bercinta apabila mereka dilihat sering bersama sejak akhir-akhir ini.

Terbaharu, E Online melaporkan pasangan itu dilihat mesra dan berpelukan ketika menikmati makan malam di sebuah restoran mewah di New York baru-baru ini.

Sumber memberitahu, Avril dan Ryan seperti tidak dapat dipisahkan apabila mereka asyik berpelukan dan bercium tanpa memperdulikan pelanggan lain yang turut berada dalam restoran berkenaan.

"Avril nampak sangat manja dalam pelukan Ryan dan mereka nampaknya sedang mabuk cinta," kata sumber itu.

Pasangan itu sudah berkawan sejak 12 tahun lalu namun hubungan itu kembali rapat sejak Avril berpisah dengan suaminya, penyanyi Chad Kroeger tahun lalu.

Pada masa sama, Ryan juga mengalami keruntuhan rumah tangga apabila turut bercerai dengan isterinya, Katie Krause.

Avril, 32, sebelum ini pernah berkahwin dengan Deryck Whibley pada 2006 namun bercerai empat tahun kemudian.

Penyanyi lagu I'm With You itu kemudiannya berkahwin dengan Chad pada 2013 sebelum berpisah pada 2015.

Tags / Kata Kunci: Avril Lavigne , Ryan Cabrera

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan