Dakota Johnson Mahu Teruskan Tradisi Keluarga Kahwin Lari

Diterbitkan: Selasa, 15 November 2016 12:31 AM

Dakota Johnson mahu meneruskan legasi keluarganya yang gemar berkahwin lari.

(Ubah saiz teks)

PELAKON veteran Tippi Hedren merasakan cucunya, aktres Dakota Johnson akan kahwin lari seperti mana yang pernah dilakukan dia dahulu dengan suaminya, Peter Griffith.

Tippi yang juga ibu kepada pelakon terkenal Melanie Griffith dalam satu temubual memberitahu dia tidak terkejut sekiranya Dakota bertindak sedemikian kerana ia seperti satu tradisi dalam keluarganya.

"Bukan saya sahaja yang berkahwin lari tetapi Melanie (ibu Dakota) juga melakukan perkara sama, jadi ia bukan sesuatu yang mengejutkan jika cucu saya buat perkara yang sama.

"Saya teringat ketika Melanie kahwin lari dengan bekas suaminya, Don dan saya hanya mengetahuinya menerusi panggilan telefon dan saya menangis kerana tidak merestui hubungan itu," katanya.

Dalam pada itu, Dakota dalam satu temubual pula berkata, ada kemungkinan dia akan berkahwin secara rahsia seperti mana dilakukan oleh nenek dan ibunya sebelum ini.

"Saya harus teruskan tradisi ini dan jika perkahwinan itu tidak menjadi, saya akan lakukannya sekali lagi secara rahsia," katanya.

Tags / Kata Kunci: Dakota Johnson , Melanie Griffith

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan