Jennifer Lopez Masih Belum Lupakan Casper Smart

Diterbitkan: Isnin, 14 November 2016 12:31 AM

Jennifer dan Casper dilaporkan masih berhubungan walaupun telah berpisah pada tahun lalu.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Jennifer Lopez dilaporkan masih berhubung dengan bekas teman lelakinya, Casper Smart walaupun sudah berpisah pada tahun lalu.

Aceshowbiz melaporkan pasangan itu dikatakan masih mempunyai perasaan cinta dan berkemungkinan akan kembali sebagai kekasih.

"Mereka sering berhubung menerusi telefon dan mesej kerana masing-masing belum melupakan kisah yang berlaku di antara mereka.

"Jangan terkejut sekiranya mereka kembali bercinta," kata sumber.

Jennifer dan Casper mula bercinta pada 2011 namun mereka berpisah tiga tahun kemudian sebelum kembali bersama beberapa minggu selepas itu.

Mereka sekali lagi berpisah pada Ogos tahun lalu selepas Jennifer menangkap Casper curang terhadapnya dengan wanita lain.

Tags / Kata Kunci: Jennifer Lopez , Casper Smart

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan