Brad Pitt Muncul Di Khalayak Pertama Kali Selepas Bercerai

Diterbitkan: Jumaat, 11 November 2016 12:31 AM

Brad Pitt membuat kemunculan pertama selepas berita perceraiannya heboh diperkatakan pada September lalu.

(Ubah saiz teks)

PELAKON terkenal Brad Pitt muncul buat kali pertama di khalayak selepas berpisah dengan isterinya, Angelina Jolie pada September lalu.

Brad, 52, muncul pada tayangan perdana filem Moonlight yang diadakan di Los Angeles pada Selasa lalu, lapor People.

Pelakon itu turut melalui karpet merah ditemani aktres Julia Roberts dengan hanya memakai baju-T putih digayakan bersama jaket hitam dan berseluar denim.

Brad turut dilihat sempat bersalaman dan bergambar dengan peminat yang hadir pada acara itu.

Bagaimanapun Brad tidak melayan sebarang temuramah daripada pihak media yang berada di karpet merah.

Dalam pada itu, Brad turut membuat kemunculan pada tayangan perdana filem terbaharunya Allied yang turut dibintangi oleh Marion Cotillard pada Rabu.

Tags / Kata Kunci: Brad Pitt

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan