Brad Pitt Tuntut Hak Penjagaan Anak Bersama - Bintang Global | mStar

Brad Pitt Tuntut Hak Penjagaan Anak Bersama

Diterbitkan: Isnin, 7 November 2016 12:40 AM

(Ubah saiz teks)

PELAKON Brad Pitt mengajukan permintaan baharu kepada hakim pada perbicaraan kes perceraiannya dengan Angelina Jolie.

Seperti dipetikThe Telegraph , Brad Pitt meminta agar hakim turut memberikannya hak untuk mengasuh dan mengurus enam orang anaknya.

Bagaimanapun, pihak mahkamah sedang dalam proses menyiasat tuduhan tindakan kekerasan yang dilakukan aktor itu terhadap anak-anaknya pertengahan September lalu.

Menurut laporan, aktor itu melakukan kekerasan kepada anak-anaknya itu ketika mereka dalam penerbangan dar Perancis.

Biarpun belum mendapat hak penjagaan, Angelina Jolie masih membenarkan lelaki itu melawat anak-anaknya pada masa yang ditetapkan.

Tags / Kata Kunci: Brad Pitt
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan