Taylor Swift Artis Wanita Pendapatan Paling Tinggi 2016

Diterbitkan: Ahad, 6 November 2016 12:31 AM

Pendapatan Taylor Swift pada 2016 sebanyak AS$170 juta (RM680 juta) menjadikannya artis wanita dengan pendapatan paling banyak tahun ini.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Taylor Swift muncul sebagai artis wanita dengan pendapatan paling tertinggi 2016 menerusi senarai dikeluarkan majalah Forbes.

Pendapatan penyanyi berusia 26 tahun itu dilaporkan mencecah AS$170 juta (RM680 juta) hasil daripada konsert jelajah dunia iaitu 1989 Tour selain penjualan album dan jurucakap produk.

Jumlah itu adalah dua kali ganda berbanding Adele yang berada ditempat kedua dengan jumlah pendapatan sebanyak AS$80 juta (RM320 juta).

"Dia telah membina empayarnya selama beberapa tahun dan jelas dapat dilihat hasil daripada usahanya selama ini apabila tampil sebagai artis wanita dengan pendapatan paling tinggi tahun ini," kata wakil Forbes.

Dalam pada itu, separuh daripada pendapatan Adele adalah hasil daripada penjualan album terbaharunya berjudul 25 yang kini terjual hampir 20 juta di seluruh dunia.

Album itu juga muncul sebagai album paling laris jualannya sepanjang tahun lalu.

Manakala penyanyi veteran, Madonna masih menunjukkan taring dengan tempat ketiga dengan jumlah pendapatan AS$76 juta (RM304 juta) hasil daripada konsert jelajahnya Rebel Heart di Amerika Utara, Eropah, Asia dan Australia.

Rihanna pula berada di tempat keempat AS$75 juta (RM300 juta) hasil daripada kontrak sebagai duta jenama seperti Dior, Puma, Samsung dan album terbaharunya, ANTI.

Tags / Kata Kunci: Taylor Swift , Madonna , Adele , Rihanna

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan