Ikatan Pertunangan Mariah Carey-James Packer Putus

Diterbitkan: Ahad, 30 Oktober 2016 12:31 AM

Gambar Mariah dan James ketika bercuti di Greece pada September lalu.

(Ubah saiz teks)

PASANGAN berprofil tinggi Hollywood iaitu Mariah Carey dan jutawan Australia, James Packer dilaporkan memutuskan ikatan pertunangan mereka pada Khamis lalu.

Daily Mail melaporkan perpisahan itu berlaku kerana James, 47, dikatakan cemburu apabila Mariah dilihat rapat dengan salah seorang penarinya iaitu Bryan Tanaka sehingga menyebabkan mereka bergaduh besar ketika bercuti di Greece, September lalu.

"James tidak menyukai Mariah rapat dengan Bryan dan sentiasa merasakan penyanyi itu curang terhadapnya walaupun Mariah menegaskan hubungan mereka profesional.

"Percutian mereka di Greece baru-baru ini mencetuskan pergaduhan besar sehingga Mariah bertindak pulang ke Amerika serta merta," kata sumber terdekat pasangan itu.

Mariah bersama penarinya, Bryan Tanaka.

Sumber lain pula memberitahu, Mariah tidak tahan dengan sikap baran James sehingga sanggup melakukan sesuatu yang buruk terhadap pembantu peribadinya ketika percutian itu.

Sementara itu, pergaduhan itu juga dilaporkan kerana James berang dengan sikap boros Mariah yang berbelanja keterlaluan.

Bagaimanapun Mariah menerusi jurucakapnya dalam satu kenyataan menyangkal semua dakwaan berkenaan namun mengakui berlaku pertengkaran di antara mereka di Greece.

"Mariah dan James bertengkar di Gree dan mereka tidak bercakap sehingga hari ini. Pergaduhan itu bukan disebabkan isu curang atau sikap boros Mariah.

"Mereka sedang cuba memperbaiki masalah yang timbul namun masih belum pasti sama ada akan masih bersama.

"Pasangan itu juga merancang untuk mengeluarkan kenyataan secara bersama dalam masa terdekat," kata kenyataan dikeluarkan itu.

James dalam satu kenyataan juga menyangkal semua dakwaan yang menyelubungi hubungan mereka ketika ini.

Pasangan itu yang mula bercinta sejak Jun tahun lalu mengikat tali pertunangan pada Januari lalu.

Dalam perkembangan sama, Mariah yang ditemui paparazi selepas menikmati makan malam pada Jumaat lalu dilihat masih memakai cincin pertunangannya.

Tags / Kata Kunci: Mariah Carey , James Packer , Bryan Tanaka

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan