Janet Jackson Tampil Berhijab Mahu Tutup Bonjolan Hamil

Diterbitkan: Isnin, 24 Oktober 2016 12:09 PM

Janet bersama suaminya Wissam Al Mana. Foto Ihsan MAIL ONLINE.

(Ubah saiz teks)

KETIKA mengumumkan berita tentang kehamilannya pada usia 50 tahun, penyanyi Janet Jackson akhirnya tampil di khalayak dengan jubah berwarna hitam, pakaian wanita muslimah.

Imej berkenaan dikatakan antara lain mahu menutup bonjolan pada perutnya yang sedang membesar ketika ini.

Bagaimanapun imej terbaharu Janet itu berjaya dirakamkan lensa kamera paparazi ketika dia berjalan di London dengan suaminya seorang jutawan dari Qatar iaitu Wissam Al Mana berusia 41 tahun.

Mereka berkahwin pada 2012.

Penyanyi yang hit dengan lagu All For You ini dilihat selesa dengan jubah bersama but sambil berjalan-jalan dengan pasangannya.

Gambar Janet dan suaminya sempat dirakamkan paparazi.

Selepas berita spekulasi kehamilannya, Janet akhirnya membenarkan gambar keadaan perutnya yang membesar itu dilihat seluruh dunia ketika membuat pengumuman gembira itu dengan majalah People.

Adik kepada mediang Michael Jackson ini ketika mengadakan sesi fotografi dengan majalah People berkata; “Kami bersyukur kepada Tuhan dengan rahmatNya.”

Enam bulan lalu dia mengumumkan penangguhan konsert jelajahnya dengan alasan urusan keluarga tanpa mahu mengesahkan sedang hamil.

Bagaimanapun sebelum ini sumber mengatakan Janet sedang menghadapi mabuk hamil atau morning sickness.

Sumber turut mengatakan, Janet sebenarnya cukup teruja dengan kehamilannya dan kuat menempuh cabaran itu malah dia berkata, ia sesuatu peristiwa yang amat berharga sedang dilaluinya ketika ini.

Janet dan pasangannya turut memikirkan nama bayi yang bakal dilahirkan itu selain dia juga sihat untuk kesejahteraan bayi yang sedang dikandung.  – Mail Online

Tags / Kata Kunci: Janet Jackson

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan