Rihanna & Drake Setuju Jalin Hubungan Secara Terbuka - Bintang Global | mStar

Rihanna & Drake Setuju Jalin Hubungan Secara Terbuka

Diterbitkan: Khamis, 13 Oktober 2016 12:31 AM

Rihanna dan Drake ketika menghadiri Anugerah MTV pada Ogos lalu.

(Ubah saiz teks)

PASANGAN penyanyi Rihanna dan Drake dilaporkan tidak lagi bersama sebagai kekasih apabila masing-masing bersetuju untuk menjalin hubungan secara terbuka.

E Online melaporkan mereka 'berehat' daripada hubungan serius itu kerana ingin memberi peluang bertemu dengan orang lain memandangkan mereka jarang dapat meluangkan masa bersama.

"Mereka bukan lagi pasangan yang komited terhadap hubungan tetapi masih menyayangi antara satu sama lain.

"Cuma jadual mereka yang padat membuatkan mereka mengambil keputusan untuk menjalinkan hubungan secara terbuka dan membenarkan masing-masing bertemu dengan orang lain," kata sumber.

Sebelum ini, Rihanna dan Drake mendedahkan mereka mula menjalinkan hubungan cinta pada Julai lalu selepas banyak menghabiskan masa bersama ekoran lagu duetmereka, Work menjadi popular.

Malah Drake sering mencul pada konsert jelajah Rihanna di seluruh dunia bagi menemani penyanyi itu dan membuat persembahan bersama-samanya.

Drake juga mengejutkan peminat apabila secara terbuka melahirkan rasa cintanya terhadap Rihanna ketika hadir pada acara Anugerah MTV baru-baru ini.

Tags / Kata Kunci: Drake , Rihanna
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan