Jari Lindsay Lohan Hampir Putus Akibat Baiki Bot

Diterbitkan: Sabtu, 8 Oktober 2016 12:35 AM

Lindsay Lohan hampir kehilangan jarinya akibat cuba membantu membaiki sebuah bot di Turki baru-baru ini.

(Ubah saiz teks)

PELAKON Linday Lohan terpaksa menjalani pembedahan bagi menyambung kembali jarinya yang dilaporkan hampir putus selepas berlaku kemalangan baru-baru ini.

TMZ melaporkan kejadian berlaku apabila Lindsay, 30, cuba membaiki kerosakan pada bot yang dinaiki ketika berada di Turki.

Pelakon filem Mean Girls itu berada di negara berkenaan bagi menjalani misi kemanusian dikejarkan ke hospital selepas kemalangan tersebut berlaku.

Jari Lindsay dilaporkan hampir putus akibat kemalangan itu.

Dalam pada itu, Lindsay turut memuat naik foto jarinya di laman sosial Instagram dan memberitahu kejadian itu berlaku berpunca daripada kecuaiannya ketika cuba memberi bantuan.

Bagaimanapun Lindsay tidak mendedahkan secara terperinci bagaimana kemalangan tersebut boleh berlaku.

Tags / Kata Kunci: Lindsay Lohan

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan