Foto Cameron Diaz Dirakam Di Klinik Pembedahan Plastik - Bintang Global | mStar

Foto Cameron Diaz Dirakam Di Klinik Pembedahan Plastik

Diterbitkan: Jumaat, 7 Oktober 2016 12:30 AM

(Ubah saiz teks)

FOTO pelakon Cameron Diaz bersama suaminya Benji Madden menjadi perbualan hangat apabila mereka dilihat berada di hadapan klinik pembedahan plastik.

Ketika rakaman itu, Cameron dan suaminya berada di Beverly Hills, California baharu sahaja keluar dari klinik terbabit.

Pelakon Bad Teacher itu dilihat menutup hampir keseluruh wajahnya dengan kain putih.

Cameron bergaya sederhana berbaju T putih dengan jaket berwarna krim.

Sebelum ini, wanita ini turut pernah melakukan pembedahan plastik dan botoks pada wajah ini mengakui sudah menyesal dengan perbuatan itu.

Dia pernah membuat kenyataan mahu melihat wajahnya menjadi tua secara semula jadi tanpa sebarang kaedah pembedahan plastik.

Tags / Kata Kunci: Cameron Diaz
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan