Angelina Jolie Sekat Panggilan, Mesej Brad Pitt

Diterbitkan: Rabu, 28 September 2016 12:31 AM

Angelina memfailkan perceraian terhadap Brad minggu lalu.

(Ubah saiz teks)

PELAKON Angelina Jolie dilaporkan menyekat panggilan yang dibuat suaminya, Brad Pitt sejurus selepas dia memfailkan perceraian terhadap aktor itu minggu lalu.

Daily Mail melaporkan Angelina tidak mahu berhubung dengan Brad dalam apa cara sekali pun kerana kecewa dengan lelaki itu.

"Angelina bukan sahaja menyekat panggilan tetapi pesanan ringkas dan nombornya," kata sumber.

Sebelum ini Brad dilaporkan kecewa apabila Angelina memfailkan perceraian terhadapnya namun memberitahu agar diberi ruang privasi terutama kepada anak-anak mereka.

"Brad benar-benar terkejut dan tidak pernah menyangka Angelina akan bertindak seperti itu kerana langsung tidak diberi amaran untuk bersedia.

"Dia sangat kecewa dengan Angelina namun kekuatannya kini adalah anak-anaknya," kata sumber itu lagi.

Angelina memfailkan perceraian terhadap Brad pada 19 September lalu.

Mereka mempunyai enam anak bersama iaitu Maddox, 15, Pax, 12, Zahara, 11, Shiloh, 10, dan pasangan kembar Knox dan Vivienne yang kini berusia lapan tahun.

Tags / Kata Kunci: Angelina Jolie , Brad Pitt

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan