Marion Cotillard Hamil, Sangkal Jalin Hubungan Sulit Dengan Brad Pitt

Diterbitkan: Jumaat, 23 September 2016 12:31 AM

Marion Cotillard mengumumkan kehamilannya sekaligus menafikan dia menjadi punca perpisahan pasangan Brad Pitt dan Angelina Jolie.

(Ubah saiz teks)

LOS ANGELES: Pelakon Marion Cotillard mengumumkan kehamilan keduanya pada Rabu sekali gus menafikan sebagai punca keretakan rumah tangga aktor Brad Pitt dan isterinya, Angelina Jolie.

Pemenang anugerah Oskar itu dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Instagram memberitahu dia tampil mempertahankan dirinya kerana gosip berkenaan turut memberi kesan kepada keluarga dan teman lelakinya, Guillaume Canet.

"Sebenarnya saya tidak selesa memberi komen tentang gosip yang tidak benar malah tidak mengambil isu yang timbul sebagai serius.

Angelina memfailkan perceraian terhadap suaminya, Brad Pitt pada Isnin lalu.

"Bagaimanapun saya tampil membuat kenyataan kerana perkara ini memberi kesan kepada orang yang saya sayang, jadi saya perlu kehadapan," katanya dalam kenyataan berkenaan.

Marion dan Guillaume turut mempunyai seorang anak lelaki yang kini berusia lima tahun.

Terdahulu, nama Marion menjadi sebutan selepas Angelina memfailkan perceraian terhadap Brad pada Isnin lalu apabila dia dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan aktor itu ekoran mereka sama-sama bergandingan daam filem Allied.

Dalam pada itu, Marion berkata, dia berharap pasangan itu dapat menyelesaikan masalah yang timbul dalam rumah tangga mereka.

Tags / Kata Kunci: Marion Cotillard , Brad Pitt , Angelina Jolie

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan