'Game of Thrones' Menang Drama Terbaik Anugerah Emmy Ke-68 Kali Kedua

Diterbitkan: Isnin, 19 September 2016 1:02 PM

Siri popular HBO, Game of Thrones memenangi kategori Best Drama buat kali kedua pada Anugerah Emmy ke-68 yang berlangsung pada malam Ahad (waktu tempatan).

(Ubah saiz teks)

LOS ANGELES: Siri popular Game of Thrones mencipta sejarah apabila memenangi kategori Best Drama dua kali berturut-turut pada Anugerah Emmy ke-68 yang berlangsung pada malam Ahad (waktu tempatan).

Selain Best Drama, siri yang ditayangkan di saluran HBO itu turut membawa pulang 12 trofi termasuk sembilan menerusi kategori teknikal.

Sementara itu, Veep yang pernah mendapat 42 pencalonan dalam Emmys membawa pulang trofi menerusi kategori Best Comedy.

Veep menang trofi kategori Best Comedy.

Malam anugerah itu juga memperlihatkan kemenangan drama The People v OJ Simpson yang diarahkan oleh Ryan Murphy menerusi kategori Best Mini-Series or Movie.

Manakala pelakon Sterling K Brown, Sarah Paulson dan Courtney B Vance turut menerima pengiktirafan di atas kecemerlangan mereka membawakan watak sebagai Christopher Darden, Marcia Clark dan Johnnie Cochran dalam drama itu menerusi kateogori Best Actor/Actress dan Best Supporting Actor/Actress ini Mini-Series or Movie.

Aktor Rami Malek pula membuat kejutan apabila diumumkan sebagai pemenang Best Actor (Drama) menerusi penampilannya sebagai Elliot Alderson dalam Mr Robot.

Tatiana Maslany.

Tatiana Maslany pula pemenang Best Actress (Drama) hasil daripada lakonan cemerlang dalam Orphan Black.

Pada acara sama, turut pemenang Best Supporting Actress diberikan kepada Maggie Smith dan pelakon itu memenangi trofi sama pada tahun lalu.

Ben Mendelsohn pula berjaya mengalahkan calon kegemaran bagi merebut gelaran Best Supporting Actor yang turut mencalonkan Kit Harrington dan Peter Dinklage.

Berikut adalah senarai pemenang kategori utama Anugerah Emmy ke-68:

Drama Series: Game of Thrones

Comedy Series: Veep

Mini-Series or Movie: The People v. O. J. Simpson

TV Movie: Sherlock: The Abominable Bride

Variety Talk Series: Last Week Tonight With John Oliver

Variety Sketch Series: Key & Peele

Actor in a Comedy Series: Jeffrey Tambor

Actress in a Comedy Series: Julia Louis-Dreyfus

Actor in a Drama Series: Rami Malek

Actress in a Drama Series: Tatiana Maslany

Actor in a Mini-Series or Movie: Courtney B. Vance

Actress in a Mini-Series or Movie: Sarah Paulson

Supporting Actor in a Drama: Ben Mendelsohn

Supporting Actress in a Drama: Maggie Smith

Supporting Actor in a Comedy: Louie Anderson

Supporting Actress in a Comedy: Kate McKinnon

Tags / Kata Kunci: Game Of Thrones , Emmy Ke-68

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan