Pink Hadiahkan Lirik Lagu Buat Celine Dion

Diterbitkan: Selasa, 13 September 2016 12:31 AM

Celine Dion mendedikasikan lagu terbaharunya berjudul Recovering kepada mendiang suaminya, Rene Angelil.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Pink menghadiahkan sebuah lirik berjudul Recovering kepada Celine Dion yang menceritakan tentang kehilangan dan kesedihan kehilangan insan tersayang.

People melaporkan Celine, 48, terharu dengan pemberian daripada Pink itu yang sekaligus membuatkannya kembali bangkit daripada terus bersedih dan meratap kematian suaminya, Rene Angelil Januari lalu.

"Beberapa bulan lalu ketika saya menghadapi situasi sukar dalam hidup, saya mendapat hadiah istimewa daripada seorang artis yang saya selalu pandang tinggi iaitu Pink.

"Recovering yang ditulisnya cukup meninggalkan kesan kepada diri saya untuk terus tabah dan kuat menghadapi dugaan apabila suami saya meninggal dunia," katanya.

Dalam pada itu, Celine sempat mendendangkan lagu berkenaan ketika muncul pada acara Stand Up to Cancer di Los Angeles dan persembahan itu meninggalkan emosi cukup mendalam bukan sahaja kepadanya tetapi penonton yang hadir.

Celine dalam ucapannya, mendedikasikan persembahan itu kepada mendiang suaminya dan abangnya Daniel Dion dan bapanya Adhemar Dion yang turut meninggal akibat kanser.

Antara selebriti yang turut menjayakan acara itu adalah Bradley Cooper, Kristen Wiig, Emma Stone, Tom Hanks, Ben Affleck, Matthew McConaughey, Anna Kendrick dan Ken Jeong.

Tags / Kata Kunci: Celine Dion , Pink

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan