Miley Cyrus & Liam Hemsworth Dilaporkan Berkahwin Secara Rahsia

Diterbitkan: Selasa, 30 Ogos 2016 12:30 AM

Miley dan Liam dilaporkan sudah berkahwin secara rahsia.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Miley Cyrus dilaporkan sudah berkahwin dengan teman lelakinya, Liam Hemsworth secara rahsia baru-baru ini.

Aceshowbiz melaporkan penyanyi itu dilihat memakai cincin perkahwinan di jari manis tangan kirinya ketika keluar makan malam bersama Liam di Malibu.

Pasangan itu dilihat berpegangan tangan dan ceria walaupun kehadiran mereka dikerumuni oleh paparazi yang mengejar mereka.

Malah Miley turut membatalkan kehadirannya pada Anugerah MTV yang berlangsung pada malam Ahad lalu dipercayai ingin mengelak daripada ditanya mengenai berita perkahwinan tersebut.

Bagaimanapun pasangan itu enggan mengulas mengenai dakwaan terbaharu itu.

Tags / Kata Kunci: Miley Cyrus , Liam Hemsworth

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan